Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Maknanya : Apapun jenis pekerjaan jika dibuat dengan tekun dan sabar akhirnya akan berjaya juga.
Seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit.
Maknanya : Apabila seseorang daripada satu kumpulan itu membuat salah, kesemuanya terpaksa mendapat susah dan menanggung sama.
Sesal dahilu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Maknanya : Buatlah keputusan yang bijak sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, berhati-hati supaya tidak menyesal dikemudian hari.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah juga.
Maknanya : Walau bagaimana pandai pun seseorang itu melepaskan dirinya daripada hukuman, ada masa dia akan terleka dan tertangkap juga.
Isnin, 16 Mei 2011
Peribahasa - R
Rambut sama hitam, hati lain-lain.
Maknanya : Meskipun terdapat sedikit persamaan, masing-masing berbeza dari segi kamahuan, fikiran dan cara hidup.
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
Maknanya : Sanggup bersama didalam susah dan senang.
Rosak tapai kerana ragi.
Maknanya : Jika tidak berhati-hati dan berhemat dalam melakukan sesuatu pekerjaan kelak merosakkan pekerjaan itu sendiri.
Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.
Maknanya : Apabila pemerintah memerintah ddengan adil, rakyat akan patuh tetepi apabila pemerintah menzalimi rakyat, rakyat akan bangun menentang.

Khamis, 12 Mei 2011
Peribahasa - P
Patah tumbuh hilang berganti.
Maknanya : Satu proses yang berterusan, yang tua diganti olah yang muda dan yang telah mati diganti dengan yang baru.
Pucuk dicita ulam mendatang.
Maknanya : Mendapat sesuatu yang diidamkan lebih daripada yang dijangkakan.
Pukul anak sindir menantu.
Maknanya : Memarahi orang tertentu tetapi ditunjukkan dengan cara memarahi orang lain yang ada kena-mengena dengan orang itu.
Pelepah tua luruh, pelepah muda jangan ketawa.
Maknanya : Kita hendaklah berasa insaf terhadap sesuatu yang menimpa orang kerana kelak giliran kita pula.

Peribahasa - O
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
Maknanya : Kalau orang berbuat baik kepada kita, kitapun membalasnya dengan baik.
Orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getahnya.
Maknanya : Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dijatuhkan hukuman.
Orang buta dapat tongkat.
Maknanya : Mendapatkan sesuatu yang memang dihajatkan.
Orang menunggu perigi masakan mati dahaga.
Maknanya : Jika kita berdamping dengan orang yang berilmu masakan kita menjadi bodoh.
Orang campak bunga dibalas dengan tahi.
Maknanya : Perbuatan baik yang dibalas dengan jahat.

Selasa, 10 Mei 2011
Peribahasa - N
Nasi sudah menjadi bubur.
Maknanya : Sesuatu yang sudah berlaku dan tidak dapat diselamatkan lagi.
Nampak kulit tahulah isinya.
Maknanya : Orang yang bersalah itu boleh dikenal daripada rupa dan kelakuannya.
Nyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya.
Maknanya : Walaupun asalnya seibu dan sebapa, namun masing-masing tidak mempunyai perangai dan nasib yang sama.
Nasi tersaji dilutut.
Maknanya : Beroleh keuntungan dengan cara yang mudah dan senang.
Nyamuk mati gatal tidak hilang.
Maknanya : Orang yang bersalah telah dihkum tetapi dendamnya masih belum hilang.
Nyawa bergantung dihujung kuku.
Maknanya : Sentiasa berada didalam keadaan yang cemas dan tidak menentu.
Nyawa dihujung tanduk.
Maknanya : Bagaikan mustahil untuk diselamatkan lagi.
Nyawa-nyawa ikan.
Maknanya : Hampir-hampir hendak mati.

Peribahasa - M
Malu berdayung perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.
Maknanya : Jika kita malu berusaha untuk membuat kerja yang berfaedah, kita juga yang akan susah dan menanggung rugi.
Makan hati berulam jantung.
Maknanya : Berasa derita dan pilu akibat tindakan atau perbuatan orang yang kita kasihi.
Makin murah makin menawar.
Maknanya : Orang yang sudah diberi kesenangan mahu lebih banyak kemudahan lagi.
Marahkan nyamuk kelambu dibakar.
Maknanya : Bertindak kerana marahkan perkara yang kecil mengakibatkan kejadian yang lebih besar dan merugikan diri sendiri.

Jumaat, 6 Mei 2011
Peribahasa - L
Laksana buntal kembung, perut buncin didalamnya kosong.
Maknanya : Orang yang hanya tahu bercakap besar tetapi tiada berpengetahuan apa-apa.
Laksana golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku.
Maknanya : Sia-sia sahaja memiliki ilmu atau sesuatu yang tak berguna atau yang tidak boleh dimanfaatkan.
Lepas kaki, leher terjerut.
Maknanya : Berjaya menutup satu kesalahan tetapi kesalahan yang lain pula timbul.
Layang-layang salah teraju.
Maknanya : Anak-anak yang hidup terumbang ambing akibat tidak diberikan pendidikan yang sempurna.

Ahad, 1 Mei 2011
Peribahasa - K
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Maknanya : Mengalami kesempitan hidup kerana pendapatan yang tidak menukupi hanya sekadar cukup makan.
Kalah jadi abu, menang jadi arang.
Maknanya : Pergaduhan yang tidak menguntungkan kedua belah pihak, kalah atau menang serupa sahaja.
Keldai hendak dijadikan kuda.
Maknanya : Jangan dibuat perbandingan yang salah, tidak boleh disamakan orang cerdik dengan orang yang bodoh.

Langgan:
Catatan (Atom)