Isnin, 16 Mei 2011

Peribahasa - S

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Maknanya : Apapun jenis pekerjaan jika dibuat dengan tekun dan sabar akhirnya akan berjaya juga.

Seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit.
Maknanya : Apabila seseorang daripada satu kumpulan itu membuat salah, kesemuanya terpaksa mendapat susah dan menanggung sama.

Sesal dahilu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Maknanya : Buatlah keputusan yang bijak sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, berhati-hati supaya tidak menyesal dikemudian hari.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah juga.
Maknanya : Walau bagaimana pandai pun seseorang itu melepaskan dirinya daripada hukuman, ada masa dia akan terleka dan tertangkap juga.



Setinggi-tinggi terbangnya bangau, akhirnya hinggap dibelakang kerbau.
Maknanya : Walau jauh kemana sekalipun kita pergi, suatu hari nanti kita mesti pulang ketempat asal.

Sambil menyelam minum air.
Maknanya : Melakukan dua perkara sekaligus atau membuat dua pekerjaan serentak dalam satu masa.

Sudah jatuh ditimpa tangga.
Maknanya : Orang yang ditimpa malang atau kesusahan yang berturut-turut.

Sarang tebuan jangan dijolok.
Maknanya : Bahaya dan susah jangan sekali-kali dicari, kelak mendatangkan bencana kepada diri sendiri,.

Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.
Maknanya : Disebabkan seorang yang membuat salah, maka rosaklah nama semua ahli dalam kumpulan itu.

Sediakan payung sebelum hujan.
Maknanya : Beringat-ingat dan membuat persiapan yang perlu sebelum berlakunya sesuatu musibah.

Sepanjang-panjang tali berhujung juga.
Maknanya : Walau berapa lama kita hidup atau berapa panjang usia kita, akhirnya mati juga.

Sudah gaharu cendana pula.
Maknanya : Orang yang sudah mengetahui sesuatu hal tetapi berpura-pura tidak mengetahuinya.

Sekilas ikan diair, sudah tahu jantan betinanya.
Maknanya : Orang yang bijak cepat mendapat tahu sesuatu berbanding orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan