Selasa, 19 April 2011

Makhluk pelik di dunia

Kengkawan nak tengok makhluk pelik tak?...
Saya letakkan gambo ni..korang semua tengok yerk...jangan tak tengok plak.

Ala comel comel...

Peribahasa - J

Jauhari juga mengenal manikam.
Maknanya : Orang yang bijak dan mahir jugalah yang mengetahui kelebihan ilmu atau sesuatu perkara.

Jika benih yang baik, jatuh kelaut pun menjadi pulau.
Maknanya : Keturunan yang baik, kemana pergi tetap dimuliakan orang.

Jauh berbau bunga, dekat berbau tahi.
Maknanya : Bila berjauhan dengan saudara mara kita asyik terkenang-kenang, bila berjumpa asyik bertengkar pula.

Isnin, 18 April 2011

Peribahasa - I

Ingat sebelum kena, beringat sebelum habis.
Maknanya : Jangan boros, amalkan menyimpan, jika tidak kita mungkin ditimpa kesusahan kelak.

Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.
Maknanya : Sikap yang terpuji, semakin berilmu semakin merendahkan diri.

Ikan pulang kelubuk.
Kembali atau pulang semula ke tempat asalnya.

Itik diajar berenang.
Maknanya : Sia-sia mengajar orang yang telah pandai.

Sabtu, 16 April 2011

Meneroka Angkasa Lepas

Kali ni saya nak kongsikan gambar-gambar angkasa lepas yang menarik...
Harap korang tengok yek...jangan tak tengok..!
Kalau tak tengok..siap korang..hehe..! Jangan mare..gurau je...!

Gambar Planet-planet di angkasa lepas.

Peribahasa - H

Habis manis sepah dibuang.
Maknanya : Kasih sayang yang sementara, apabila mendapati seseorang itu sudah tidak berguna lagi, dia ditinggalkan atau dilupakan.

Habis umpan, ikan tak dapat.
Maknanya : Banyak modal telah dikeluarkan dengan harapan untuk meraih keuntungan, tetapi apa yang didapat adalah kerugian.

Harapkan sokong, sokong membawa rebah.
Maknanya : Terlalu bergantung harap pada seseorang tetapi dia pula yang menyebabkan kita jatuh.

Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang jua.
Maknanya : Jasa dan budi seseorang semasa dia masih hidup dahulu tetap dikenang orang.

Peribahasa - G

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah.
Maknanya : Apabila Raja atau orang besar berperang atau bersengketa, rakyat atau orang biasa yang menjadi mangsa.

Gergaji dua mata.
Maknanya : Orang yang mendapat faedah atau keuntungan dari kedua belah pihak yang berselisih.

Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Maknanya : Apabila membuat sesuatu pekerjaan, laksanakanlah sampai berjaya.

Sabtu, 2 April 2011

Peribahasa - E

Ekor anjing jika diurut tidakkan lurus.
Maknanya : Walaupun puas dinasihati, orang yang jahat tidak akan menjadi baik.


Elok kata dalam muafakat, buruk kata diluar masyarakat.
Maknanya : Sesuatu kerja yang hendak dilaksanakan, eloklah dibincangkan bersama.

Enggang lalu ranting patah.
Maknanya : Orang jahat biasanya akan dituduh berbuat jahat walaupun orang lain yang melakukannya.

Jumaat, 1 April 2011

Peribahasa - D

Dari hong turun ke sampan.
Maknanya : Orang yang dulunya kaya dan berada, kini hidup miskin dan hina.

Daripada hidup berlumur taik, lebih baik mati betimbun bunga.
Maknanya : Daripada hidup dengan kejahatan, lebih baik mati menerima pujian.

Dari semak ke belukar.
Maknanya : sekali lagi ditimpa nasib buruk daripada sesuatu yang buruk mendapat keburukan yang lain pula.