Ekor anjing jika diurut tidakkan lurus.
Maknanya : Walaupun puas dinasihati, orang yang jahat tidak akan menjadi baik.
Elok kata dalam muafakat, buruk kata diluar masyarakat.
Maknanya : Sesuatu kerja yang hendak dilaksanakan, eloklah dibincangkan bersama.
Enggang lalu ranting patah.
Maknanya : Orang jahat biasanya akan dituduh berbuat jahat walaupun orang lain yang melakukannya.
Enggang sama enggang, pipit sama pipit.
Maknanya : Mencari teman biarlah sepadan, orang kaya dengan orang kaya dan orang miskin dengan orang miskin.
Embun diatas daun.
Maknanya : Orang yang tidak tetap pendirian atau selalu berubah niat.
Embun dihujung rumput.
Maknanya : Sesuatu yang cepat hilang atau kasih sayang yang tidak kekal lama.
Enggan seribu daya, mahu sepatah kata.
Maknanya : Jika tidak suka berbagai helah dilakukan, tetapi jika suka sahaja ada jalan untuk menjayakannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan