Dari hong turun ke sampan.
Maknanya : Orang yang dulunya kaya dan berada, kini hidup miskin dan hina.
Daripada hidup berlumur taik, lebih baik mati betimbun bunga.
Maknanya : Daripada hidup dengan kejahatan, lebih baik mati menerima pujian.
Dari semak ke belukar.
Maknanya : sekali lagi ditimpa nasib buruk daripada sesuatu yang buruk mendapat keburukan yang lain pula.
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.
Maknanya : Diam orang yang berakal berhasil sebaliknya diam orang bodoh itu sia-sia sahaja.
Diberi betis hendakan paha.
Maknanya : Bersikap tamak, sudah diberi yang dikehendaki masih mahukan yang lain lagi. Tidak pernah merasa cukup.
Digenggam takut mati, dilepas takut terbang.
Maknanya : Berasa serba salah dan takut menjaga barang yang disayangi.
Diluar bagai madu, didalam bagai hempedu.
Maknanya : Seseorang yang pada zahirnya kelihatan baik tetapi sebenarnya jahat.
Ditelan mati emak, diluah mati bapa.
Maknanya : Berasa serba salah dalam membuat keputusan.
Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari.
Maknanya : Tidak semestinya keadaan baik itu akan berkekalan sepanjang masa, keadaan sebaliknya boleh terjadi.
Dihentak tidak masuk, diumpil tidak bergerak.
Maknanya : Seseorang yang terlalu degil dan sukar diubah.
Dimana kayu bongkok disitulah musang meniti.
Maknanya : Pencuri biasanya akan mencuri ditempat yang tidak dijaga dengan baik.
Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah.
Maknanya : Daripada hidup menanggung malu, lebih baik mati sahaja.
Dapur tidak berasap.
Maknanya : Keadaan yang sangat susah, mengalami kesempitan hidup.
Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.
Maknanya : Dimanapun kita berada mesti pandai membawa diri dan menyesuaikan diri dengan adat dan kebiasaan ditempat tersebut.
Dijunjung memecahkan kepala, dijunjung meruntuhkan bahu.
Maknanya : Masalah yang sangat berat dan susah untuk diselesaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan