Khamis, 3 Februari 2011

Peribahasa - C

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
Maknanya : Pertengkaran yang berlaku hanya sekejap saja, nanti akan baik kembali.

Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga.
Maknanya : Masalah yang dialami oleh seseorang turut dirasai oleh yang lain.

Cepat kaki ringan tangan.
Maknanya : Orang yang rajin dan cekap.

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
Maknanya : Berhati-hati berbicara takut orang lain terasa/mengetahui rahsia.

Cacing hendak menjadi naga.
Maknanya : Orang yang kecil dan lemah berlagak besar dan kuat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan