Isnin, 21 Oktober 2013

Gaya Bahasa Dalam KOMSAS

Salam sume.....
Lama tak jumpe kan...Pasti korang dah pekse psl gaya bahasa ni kan...?
Camne..? Korang sume boleh jawab ke?
Aku..?? Hehe..
Korang tengok jelah kat sini..boleh wat ulang kaji skali..

GAYA BAHASA DALAM KOMSAS 

Gaya bahasa : – Susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya.

Berikut dihimpunkan jenis – jenis gaya bahasa bersama istilah – istilah yang berkaitan dengannya bagi memudahkan kita memahami konsep asas gaya bahasa secara menyeluruh.

1.Aliterasi 

– pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata – kata yang
berturutan : negeri cinta, negeri budaya, negeri perpaduan (pengulangan g)[Negeri Cinta, Nahmar Jamil]
diusung keliling kampung (pengulangan g)[Surat dari Kampus, Nawawee.

2.Anafora 

– pengulangan sesuatu kata atau frasa di awal baris yang biasanya secara berturutan agar memperoleh kesan tertentu .

Contoh: Sekalipun sehelai kertas kumal
Sekalipun isinya hanya berita kecil [Surat dari Kampus, Nawawee
Mohamad]
-masih di situ
masih memandu kereta lama
masih menuju sekolah yang sama[Seorang Guru Tua, Gunawan Mahmood]

3.Analogi 

– persamaan sebahagian ciri antara dua benda atau hal yang dapat dipakai untuk dasar perbandingan .

4.Antitesis 

– penggunaan kata atau ungkapan dalam frasa, ayat dan sebagainya
untuk mendapatkan kesan perbezaan atau pertentangan yang seimbang.

5.Asonansi 

– pengulangan bunyi vokal yang sama dalam deretan kata.
Contoh : -ini sungai kita, lindungilah dari pembuangan (pengulangan u)[Negeri Cinta,Nahmar Jamil]
-sekalipun sehelai kertas kumal (pengulangan e)[Surat dari Kampus ,
Nawawee Mohamad]

6.Bahasa Arab 

– perkataan – perkataan Arab yang diterapkan ke dalam prosa bagi
memberikan kesan yang berbeza.

Contohnya: Alhamdulillah, makhdum, narwastu

7.Bahasa berirama 

– ungkapan puitis yang dapat menimbulkan kesan yang
mendalam tentang sesuatu peristiwa
-Tiga bilah lantai terpatah,
Tiga gelegar yang patah [Puteri Besar Lahir ke Dunia – Tingkatan 2]

8.Bahasa Inggeris

– Street fighter, superman, street soccer, futsal, supermarket,
suspense

9.Bahasa istana 

– Bahasa diraja yang digunakan ketika berkomunikasi dengan kerabat diraja.

10. bahasa kiasan 

– Penggunaan kiasan untuk meningkatkan kesan atau pemerian .

11.Bahasa klasik 

– Penggunaan perkataan – perkataan Melayu klasik seperti
sebermula, syahadan, kararlah .

12.Diksi

– pemilihan dan penggunaan kata, baik dalam cerpen, novel, drama dan
puisi.
Diksi yang baik terlihat pada
a. Pemilihan kata yang tepat
b. Penggunaan kata yang munasabah
c. Penggunaan kata yang jelas dan khusus.

Diksi mempunyai hubungan yang rapat dengan pembinaan ayat.

13.Epifora 

– Pengulangan kata – kata di akhir baris puisi untuk penegasan

14.Hiperbola

– Gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara berlebih –
lebihan 

cinta kepadanya cinta jutaan bunga – bunga [Negeri Cinta, Nahmar Jamil]
rindu mencumbu zaman [Tasik Biru, Bau, Sarawak, Kemala]

15.Hybrid 

– Penyatuan dua kata menjadi satu kata. 

bertanggungjawab (tanggung + jawab)
ketidakpastian (tidak + pasti) 

16. Inversi 

– Pembalikan kata – kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim

kini rambut memutih kepala[Seorang Guru Tua, Gunawan Mahmood]
di kampung surat ini harganya melambung[Surat dari Kampus, Nawawee
Mohamad]
aduhai adinda berpesan adik

17.Istilah sains dan teknologi

– virus, skrin LC, karbonit, asid

18.Metafora 

– Pemakaian kata – kata untuk menyatakan erti yang berbeza daripada
yang sebenarnya (sebagai kiasan) dengan menggunakan dua kata berunsur konkrit
dan abstrak
-syurga bumi [Negeri Cinta, Nahmar Jamil]
syurga (unsur abstrak)
bumi (unsur konkrit)
-Bukit-bukit harapan
bukit (unsur konkrit) 

19.Paradoks 

– Penyataan yang kelihatan bertentangan (menggunakan unsur positif
dan negatif dalam satu baris) tetapi kenyataannya mengandung kebenaran dengan pendapat umum atau realiti. 
Contoh:
-menangis dalam kegembiraan
menangis (unsur negatif)
kegembiraan (unsur positif)
-kesepian di tengah ramai

20.Pengulangan 

- Pengulangan kata, ungkapan, baris atau rangkap.

21.Peribahasa / simpulan bahasa / perumpaan

Contoh:
– melukut di tepi gantang, darah
daging 

22.Personifikasi 

– Pemberian sifat – sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang,
tumbuh – tumbuhan, keadaan atau peristiwa
-dari buruan kehidupan yang mencekik [Negeri Cinta, Nahmar Jamil]
-kebosanan menggigit pangkal rasa

23. Repitisi / repitasi 

– pengulangan kata pada baris yang sama bagi menunjukkan
penegasan yang dikehendaki. 
Contoh:
Kita menjadi kita[Bahasa, Rahman Shaari – Tingkatan 3]
Muka me sti manis, mulut mesti ramah, hati mest i baik

24. Responsi 

– pengulangan kata di tengah baris 
Contoh:
mencipta rumah tempat berlindung, membina bilik tempat berteduh
[Burung Tempua, Abdul Hadi Yusoff]

25. Simile 

– perumpamaan atau sesuatu perbandingan dengan menggunakan kata
‘seperti’, “bagai”, “umpama”, dan “macam”.
-bagaikan mahu diusung keliling kampung [Surat dari Kampus, Nawawee
Mohamad] 
Contoh:
-besarnya seperti perdu nyiur
-seperti kolek terdampar di pasir 

26. Simplok 

– Pengulangan kata pada awal dan akhir baris yang sama 
Contoh:
-Sayang seribu kali sayang

27. Sinkope / sinkof 

– Penggunaan singkatan kata (biasanya dalam cerpen dan novel)
seperti tak, nak, ni, dan dah 

28. Imbas kembali

1. Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.
2. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman 

29. Imbas muka

1. Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.
2. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku. 


Rabu, 24 Oktober 2012

Tugasan Sains PBS Tingkatan 1 - Pantun Mengenai Sumber Tenaga

Pantun Empat Kerat Sains Mengenai Sumber tenaga.
Tugasan PBS Tingkatan 1.

Pemeliharaan Sumber Tenaga :

Sumber tenaga amatlah genting,
Pengurusan cekap amat berharga,
Penggunaan dan pengurusan amatlah penting,
Untuk mengelakkan kekurangan tenaga.

Beli kain kainnya jarang,
Dihiasi corak bersegi tiga,
Jika sumber tenaga semakin berkurang,
Akan berlaku krisis tenaga.

Kepentingan Pemuliharaan Sumber Tenaga :

Jalan - jalan keladang buah,
Pokok rambutan lebat buahnya,
Penduduk dunia semakin bertambah,
Sumber tenaga perlu dipelihara.

Pergi kepasar membeli kerang,
Kerang dibakar diatas bara,
Sumber tenaga semakin berkurang,
Marilah kita memulihara.

Cara-Cara Penggunaan Tenaga yang cekap :

Penyokong berarak ke stadium bola,
Berarak dengan jiwa membara,
Mari amalkan kitar semula,Alam sekitar terpelihara.

Angin bertiup sungguh kencang,
Banyak sampah bertaburan,
Penggunaan tenaga perlu dirancang,
Untuk mengelakkan pembaziran.

Penggunaan dan Pengurusan Sumber Tenaga Yang Cekap :

Berjalan dihutan memungut ranting,
Ranting diikat lalu diangkat,
Pemuliharaan tentulah penting,
Tanggung jawab kerajaan dan masyarakat.

Muara duyong nama diberi,
Tempat nelayan menjala siakap,
Bimbingan dan insentif telah diberi,
Untuk penggunaan tenaga yang cekap.

Sekian kengkawan......!!!

Rabu, 22 Jun 2011

Teknik belajar yang berkesan

Hai kawan-kawan....!
Saya baru je baca buku TEKNIK EFEKTIF BIJAK BELAJAR (Smart Learning), dan nak kongsikan dengan kawan - kawan semua. Semoga boleh menjadi pandua dalam menghadapi peperiksaan yang akan datang nanti.

Teknik-teknik belajar yang berkesan ialah :

1. Tentukan matlamat belajar.

Setiap pelajar yang inginkan kecemerlangan perlukan matlamat.
Matlamat mampu menunjuk arah dan hala tuju serta memberi semangat untuk bekerja kuat bagi memperolehi kecemerlangan.

Ahad, 5 Jun 2011

Peribahasa - Y

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Maknanya : keuntungan yang dicari tak dapat, yang ada dalam tangan pula hilang.

Yang dijolok tidak jatuh, penjolok tinggal diatas.
Maknanya : Gagal mendapat apa yang dikehendaki dan segala usaha sia-sia sahaja.

Yang teguh dosokong, yang rebah ditindih.
Maknanya : Suatu keadaan yang tidak adil, orang kaya terus ditolong manakala orang miskin pula terus ditindas.

Yang tergigit lada tentu terasa pedasnya.
Maknanya : Seseorang yang telah melakukan kesalahan pasti akan dapat merasakan pedihnya apabila disindir. 

Peribahasa - U

Ukur baju dibadan sendiri.
Maknanya : Berbuat apa sahaja biarlah mengikut kemampuan diri sendiri.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Maknanya : Apa akan terjadi selepas itu, berserah sahaja pada nasib, sama ada selamat atau tidak.

Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya.
Maknanya : Orang kaya atau berpangkat tidak akan hilang martabatnya jika bergaul dengan orang yang kurang berada.

Ubat jauh, penyakit hampir.
Maknanya : Seseorang yang tidak mendapat pertolongan ketika mengalami kesusahan.

Umpat tidak membunuh, puji tidak mengenyang.
Maknanya : Sepatutnya jangan dihiraukan sangat terhadap umpat dan puji kerana ia tidak boleh berbuat apa-apa terhadap kita.

Peribahasa - T

 Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.
Maknanya : Sesuatu yang kekal tidak berubah atau akan sentiasa diingati walaupun masa berlalu.

Tiada rotan, akarpun berguna.
Maknanya : Kalau tak dapat yang baik, yang kurang baik pun berguna juga.

Tiada beban batu digalas.
Maknanya : Walaupun berada dalam kesenangan, tiba-tiba seseorang itu sengaja mencari susah.

Tidak lari gunung dikejar.
Maknanya : Janganlah terkejar-kejar berbuat sesuatu kerana yang dicari itu pasti ada.

Takut meniitik lalu tumpah.
Maknanya : Takut rugi sedikit, akhirnya rugi semuanya.

Isnin, 16 Mei 2011

Peribahasa - S

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Maknanya : Apapun jenis pekerjaan jika dibuat dengan tekun dan sabar akhirnya akan berjaya juga.

Seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit.
Maknanya : Apabila seseorang daripada satu kumpulan itu membuat salah, kesemuanya terpaksa mendapat susah dan menanggung sama.

Sesal dahilu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Maknanya : Buatlah keputusan yang bijak sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, berhati-hati supaya tidak menyesal dikemudian hari.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah juga.
Maknanya : Walau bagaimana pandai pun seseorang itu melepaskan dirinya daripada hukuman, ada masa dia akan terleka dan tertangkap juga.

Peribahasa - R

Rambut sama hitam, hati lain-lain.
Maknanya : Meskipun terdapat sedikit persamaan, masing-masing berbeza dari segi kamahuan, fikiran dan cara hidup.

Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
Maknanya : Sanggup bersama didalam susah dan senang.

Rosak tapai kerana ragi.
Maknanya : Jika tidak berhati-hati dan berhemat dalam melakukan sesuatu pekerjaan kelak merosakkan pekerjaan itu sendiri.

Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.
Maknanya : Apabila pemerintah memerintah ddengan adil, rakyat akan patuh tetepi apabila pemerintah menzalimi rakyat, rakyat akan bangun menentang.

Khamis, 12 Mei 2011

Peribahasa - P

Patah tumbuh hilang berganti.
Maknanya : Satu proses yang berterusan, yang tua diganti olah yang muda dan yang telah mati diganti dengan yang baru.

Pucuk dicita ulam mendatang.
Maknanya : Mendapat sesuatu yang diidamkan lebih daripada yang dijangkakan.

Pukul anak sindir menantu.
Maknanya : Memarahi orang tertentu tetapi ditunjukkan dengan cara memarahi orang lain yang ada kena-mengena dengan orang itu.

Pelepah tua luruh, pelepah muda jangan ketawa.
Maknanya : Kita hendaklah berasa insaf terhadap sesuatu yang menimpa orang kerana kelak giliran kita pula.

Peribahasa - O

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
Maknanya : Kalau orang berbuat baik kepada kita, kitapun membalasnya dengan baik.

Orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getahnya.
Maknanya : Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dijatuhkan hukuman.

Orang buta dapat tongkat.
Maknanya : Mendapatkan sesuatu yang memang dihajatkan.

Orang menunggu perigi masakan mati dahaga.
Maknanya : Jika kita berdamping dengan orang yang berilmu masakan kita menjadi bodoh.

Orang campak bunga dibalas dengan tahi.
Maknanya : Perbuatan baik yang dibalas dengan jahat.