Rabu, 22 Jun 2011

Teknik belajar yang berkesan

Hai kawan-kawan....!
Saya baru je baca buku TEKNIK EFEKTIF BIJAK BELAJAR (Smart Learning), dan nak kongsikan dengan kawan - kawan semua. Semoga boleh menjadi pandua dalam menghadapi peperiksaan yang akan datang nanti.

Teknik-teknik belajar yang berkesan ialah :

1. Tentukan matlamat belajar.

Setiap pelajar yang inginkan kecemerlangan perlukan matlamat.
Matlamat mampu menunjuk arah dan hala tuju serta memberi semangat untuk bekerja kuat bagi memperolehi kecemerlangan.



2. Belajar mengikut jadual waktu yang telah disediakan.

Dengan adanya jadual waktu, maka pembelajaran akan menjadi lebih konsisten dan pelajar akan mudah ingat apa yang hendak dilakukan, bila masa buat kerja rumah, bila masa membuat latih tubi dan sebagainya mesti dibuat dalam jadual supaya menjadi teratur dan senang diingat.

3. Berusaha menyintai dan menyukai pelajaran.

Jika kita menyintai dan menyukai mata pelajaran yang kita pelajari setiap hari maka akan lebih mudah untuk kita faham apa yang sudah diajarkan cikgu kepada kita. Jika tak suka maccam mana nak faham kan.....?

4. Sentiasalah berfikiran tenang, gembira dan ceria.

Perasaan tenang, gembira dan ceria akan memudahkan proses pembelajaran. Jika tidak tenang jangan teruskan pelajaran, tunggu hingga keadaan pulih. Tetapi jangan pula asyik menonton rancangan kartun sebab nak tenang, nanti langsung tak ingat semua yang telah dipelajari. Sesekali tu boleh lah....!

5. Hindari masalah.

Hindari masalah remeh seperti kerap bergaduh, buang masa menonton kartun, cemburu, dengki, dan sebagainya. Segala masalah ini tak mendatangkan hasil malah boleh membuat anda semakin tertekan dan dibenci oleh orang lain, mak bapa pun pening kepala dengan perangai anda. Siapa yang susah..?

Dan perlu juga jauhi perkara dan aktiviti yang tak berfaedah seperti melepak, berbual kosong, merayau-rayau tak tentu tujuan, dan sebagainya.

6. Ingati setiap pelajaran yang telah dibaca.

Usahakan untuk faham dan ingat setiap pelajaran yang telah dibaca akan membuatkan kita mudah dan senang untuk mempersiapkan diri semasa peperiksaan. Jika tak faham dan tak ingat semua yang telah dibaca, maknanya kita hanya membuang masa sahaja.

7. Belajar dalam keadaan segar.

Segarkan diri terlebih dahulu sebelum pergi kesekolah, mandi dengan bersih, berpakaian kemas, dan rapi akan membuatkan kita nampak bersemangat untuk belajar. Jika keadaan kita letih, lesu dan mengantuk, maka susah untuk kita menyerap segala pelajaran yang diberikan cikgu.

8. Memohon petunjuk dari Tuhan.

Usahakan bangun awal setiap pagi, selepas mandi lakukanlah Shalat subuh terlebih dahulu.
Kemudian bolehlah sarapan dan bersiap-siap untuk kesekolah. Allah akan memudahkan jalan kita jika kita tak lupa untuk memohon petunjuk kepadaNya.

9. Jika berjaya ucapkan tahniah kepada diri sendiri.

Anda berhak mendapatkan ucapan tahniah atas segala penat lelah diri sendiri. berilah hadiah ppada diri sendiri supaya kita mempunyai semangat untuk berjaya setiap kali menghadapi peperiksaan.

Tahniah dan semoga berjaya....!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan