Ukur baju dibadan sendiri.
Maknanya : Berbuat apa sahaja biarlah mengikut kemampuan diri sendiri.
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Maknanya : Apa akan terjadi selepas itu, berserah sahaja pada nasib, sama ada selamat atau tidak.
Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya.
Maknanya : Orang kaya atau berpangkat tidak akan hilang martabatnya jika bergaul dengan orang yang kurang berada.
Ubat jauh, penyakit hampir.
Maknanya : Seseorang yang tidak mendapat pertolongan ketika mengalami kesusahan.
Umpat tidak membunuh, puji tidak mengenyang.
Maknanya : Sepatutnya jangan dihiraukan sangat terhadap umpat dan puji kerana ia tidak boleh berbuat apa-apa terhadap kita.
Umpama burung didalam sangkar, mata terlepas badan terkurung.
Maknanya : Hidup yang seakan tidak bererti lagi, tiada lagi kebebasan seperti dulu.
Untung ada tuah tiada.
Maknanya : Seseorang yang sering beroleh keuntungan tetapi keuntungan itu tidak mampu menolongnya.
Umpama bunga dipakai, layu dibuang.
Maknanya : Seseorang itu dipuja untuk sementara waktu sahaja, apabila keadaan berubah dia tidak diperdulikan lagi.
Umpat dan puji tidak bercerai.
Maknanya : Setiap orang pasti mengalami kedua-duanya kerana sudah menjadi lumtrah manusia disukai dan dibenci.
Umpama kayu lampung, belum ditolak sudah condong.
Maknanya : Orang bodoh dan penakut mudah sahaja digertak dan pasti akan menurut perintah.
Usul menunjukkan asalnya.
Maknanya : Tingkah laku seseorang itu menunjukkan asal keturunannya.
Umpama udang dalam tangguk.
Maknanya : Orang yang belum tetap lagi kedudukannya, setiap kali sentiasa berubah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan