Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.
Maknanya : Sesuatu yang kekal tidak berubah atau akan sentiasa diingati walaupun masa berlalu.
Tiada rotan, akarpun berguna.
Maknanya : Kalau tak dapat yang baik, yang kurang baik pun berguna juga.
Tiada beban batu digalas.
Maknanya : Walaupun berada dalam kesenangan, tiba-tiba seseorang itu sengaja mencari susah.
Tidak lari gunung dikejar.
Maknanya : Janganlah terkejar-kejar berbuat sesuatu kerana yang dicari itu pasti ada.
Takut meniitik lalu tumpah.
Maknanya : Takut rugi sedikit, akhirnya rugi semuanya.
Terapung sama hanyut, terendam sama basah.
Maknanya : Sentiasa bersama buat selama-lamanya dalam keadaan apapun jua.
Terlepas dari mulut harimau, masuk kemulut buaya.
Maknanya : Terselamat dari satu bahaya yang besar tetapi terpaksa berhadapan dengan bahaya yang lain pula.
Tua-tua keladi, semakin tua semakin menjadi.
Maknanya : Walaupun usia sudah meningkat tua, namun masih tidak bermoral.
Tuba habis, ikan tak dapat.
Maknanya : Usaha yang menemui kegagalan atau pekerjaan yang dibuat hanya sia-sia sahaja.
Takkan pisang berbuah dua kali.
Tafsirnya : Bila sudah terkena pada kali pertama, orang akan sentiasa ingat supaya tidak terkena lagi untuk kali yang kedua pula.
Talam dua muka.
Maknanya : Orang yang berbuat baik terhadap dua pihak yang bermusuhan dengan harapan meraih keuntungan dari kedua belah pihak.
Tiada kusut yang tidak selesai.
Maknanya : Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan, tiada perselisihan yang tidak boleh didamaikan.
Tiada pisau sembilu pun jadi.
Maknanya : Jika tiada alat yang terbaik digunakan untuk melakukan sesuatu, alat yang kurang baik pun boleh digunakan juga.
Tempayan penuh tidak berkocak airnya.
Maknanya : Orang yang memiliki ilmu pengetahuan tetapi tidak suka bermegah—megah atau meninggi diri.
Tangguk rapat, keruntung bubus.
Maknanya : Suami pandai mencari harta atau wang tetapi isteri pula yang boros berbelanja atau suka menghabiskan harta.
Tuah sebesar bukit, celaka sebesar gunung.
Maknanya : Kehidupan yang sengsara, hidupnya lebih banyak menderita daripada bernasib baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan