Rambut sama hitam, hati lain-lain.
Maknanya : Meskipun terdapat sedikit persamaan, masing-masing berbeza dari segi kamahuan, fikiran dan cara hidup.
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
Maknanya : Sanggup bersama didalam susah dan senang.
Rosak tapai kerana ragi.
Maknanya : Jika tidak berhati-hati dan berhemat dalam melakukan sesuatu pekerjaan kelak merosakkan pekerjaan itu sendiri.
Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.
Maknanya : Apabila pemerintah memerintah ddengan adil, rakyat akan patuh tetepi apabila pemerintah menzalimi rakyat, rakyat akan bangun menentang.
Rumah siap, pahat berbunyi.
Maknanya : Sesuatu yang sudah selesai tetapi selepas itu ada sahaja terjumpa cacat celanya.
Rosak bawang ditimpa jambak.
Maknanya : Mendapat kesusahan akibat perbuatan keluarga atau kawan sendiri.
Retak menanti belah.
Maknanya : Perhubungan atau persahabatan yang hanya menuggu waktu untuk putus.
Rupa seperti pulut, ditanak berderai.
Maknanya : Orang yang berlagak seperti orang kaya atau pandai tetapi sebenarnya bodoh dan miskin.
Rumah buruk disapu cat.
Maknanya : Orang tua yang suka berhias wajah, walaupun disolek namun usia tak dapat diubah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan