Patah tumbuh hilang berganti.
Maknanya : Satu proses yang berterusan, yang tua diganti olah yang muda dan yang telah mati diganti dengan yang baru.
Pucuk dicita ulam mendatang.
Maknanya : Mendapat sesuatu yang diidamkan lebih daripada yang dijangkakan.
Pukul anak sindir menantu.
Maknanya : Memarahi orang tertentu tetapi ditunjukkan dengan cara memarahi orang lain yang ada kena-mengena dengan orang itu.
Pelepah tua luruh, pelepah muda jangan ketawa.
Maknanya : Kita hendaklah berasa insaf terhadap sesuatu yang menimpa orang kerana kelak giliran kita pula.
Padi ditanam, lalang pulak yang tumbuh.
Maknanya : Sesuatu yang diharap-harapkan tidak menjadi, sebaliknya menemukan kegagalan.
Perigi mencari timba.
Maknanya : Keadaan yang dianggap janggal di dalam masyarakat dimana orang perempuan yang mencari lelaki.
Pergi berkuda, pulang berlembu.
Maknanya : Orang yang pergi berniaga dengan harapan untuk beroleh keuntungan, sebaliknya menanggung kerugian.
Pipit meminang anak enggang.
Maknanya : Orang miskin meminang anak orang kaya lagi mulia.
Pilih-pilih tebu, terpilih bukunya.
Maknanya : Akibat terlalu sangat memilih, akhirnya mendapat yang buruk.
Punggur rebah, pelatuk menumpang mati.
Maknanya : Apabila seseorang itu ditimpa kesusahan, orang yang selama ini bergantung kepadanya juga turut ditimpa kesusahan.
Panas setahun dihapus oleh hujan sehari.
Maknanya : Satu kesalahan yang dilakukan oleh seseorang itu akhirnya menutup semua kebaikan yang pernah dilakukannya selama ini.
Putih tapak kaki.
Maknanya : Seseorang yang lari dalam ketakutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan