Biduk lalu, kiambang bertaut.
Maknanya : Perselisihan yang berlaku hanya semenrtara saja.
Biar rebah jangan roboh.
Maknanya : Rugi sedikit lebih baik daripada rugi lebih besar.
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Maknanya : Dalam melakukan apa saja jangan berlebihan nanti membawa padah.
Biar putih tulang, jangan putih mata.
Maknanya : Daripada menanggung malu lebih baik berjuang sampai mati.
Bapak borek anak rintik.
Maknanya : Bagaimana perangai bapak, begitu juga perangai anaknya.
Berlindung disebalik telunjuk.
Maknanya : Menyembunyikan sesuatu ditempat yang diketahui orang.
Badan bersaudara, emas tidak.
Maknanya : Bersaudara belum tentu boleh berkongsi harta.
Bertemu buku dengan ruas.
Maknanya : Bertemu dengan lawan yang sepadan.
Berkerat rotan berpatah arang.
Maknanya : Perselisihan yang tak boleh didamaikan lagi.
Belum duduk sudah berlunjur.
Maknanya : Membuat pekerjaan tidak mengikut aturan yang ditetapkan.
Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang.
Maknanya : Seseorang yang memahami kehendak orang lain sebelum diminta.
Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian.
Maknanya : Bersakit dahulu bersenang kemudian.
Belum menetas sudah dibilang.
Maknanya : Suka berangan-angan tentang keuntungan yang belum pasti lagi.
Bersuluh disiang hari.
Maknanya : Sesuatu yang merugikan/melakukan pekerjaan yang diketahui semua orang.
Besar periuk besarlah keraknya.
Maknanya : Semakin tinggi pendapatan seseorang, semakin tinggi pula belanjanya.
Bagai berhakim kepada beruk.
Maknanya : Sia-sia meminta orang tamak menyelesaikan perselisihan.
Bajak sudah terdorong ke becak.
Maknanya: Sudah terlanjur berbuat sesuatu.
Berjagung-jagung dahulu sementara padi belum masak.
Maknanya : Membuat pekerjaan lain sementara menunggu pekerjaan yang telah dilakukan membuahkan hasil.
Bagaimana acuan begitulah kuehnya .
Maknanya : Sesuatu yang terjadi mengikut asalnya.
Bagaikan tongkat membawa rebah.
Maknanya : Orang yang sepatutnya menolong, membinasakan kita.
Bagaikan layang-layang putus tali.
Maknanya : Tiada tempat berpaut.
Bagai bercakap kedinding.
Maknanya : Pekerjaan yang sia-sia bercakap dengan orang yang tak mahu mendengar.
Bersultan dihati, beraja dimata.
Maknanya : Orang yang sombong dan ego tak mahu memikirkan orang lain.
Bagai menyimpan mayat hidup.
Maknanya : Melakukan sesuatu untuk orang yang menyusahkan kita.
Bagai menabur garam ke laut.
Maknanya : Pekerjaan yang sia-sia.
Bagai sirih pulang kegagang.
Maknanya : Telah pulang ketempat asalnya.
Bagai pinang dibelah dua .
Maknanya : Sama cantik sama padan.
Bagaikan luka disirami garam.
Maknanya : Orang yang sakit hati disakiti lagi.
Bagai durian dengan mentimun.
Maknanya : Pasangan yang tak sepadan untuk bersama.
Bagai menulis diatas air.
Maknanya : Pekerjaan yang sia-sia.
Bagai api disiram dengan minyak.
Maknanya : Orang marah di tambah lagi kemarahannya.
Bagaikan aur dengan tebing.
Maknanya : Saling memerlukan antara satu sama lain.
Bagai melukut ditepi gantang.
Maknanya : Tak ada makna, hanya menumpang.
Bagaikan telur dihujung tanduk.
Maknanya : Keadaan yang sangat merbahaya.
Bumi mana yang tak ditimpa hujan.
Maknanya : Setiap orang ada masalah sendiri.
Bagaikan ular berkepala dua.
Maknanya : Orang yang pandai bermuka-muka/hipokrit.
Bagaikan talam dua muka.
Maknanya : Orang yang pandai bermuka-muka.
Bagaikan menolong anjing tersepit.
Maknanya : memberi bantuan kepada orang yang tak menghargai kita.
Bagaikan gajah dengan semut.
Maknanya : Bukan lawannya.
Bagaikan menangguk diair yang keruh.
Maknanya : Mengambil kesempatan atas kesengsaraan orang lain.
Belakang parang kalau diasah lama-lama tajam juga.
Maknanya : Otak kita walaupun lembab kalau rajin belajar akan dapat menjadi pandai.
Biduk tiris menanti karam.
Maknanya : Tiada ikhtiar lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan