Ada udang di sebalik batu.
Maknanya : Membuat sesuatu dengan niat tersembunyi atau tujuan yang lain.
Alang-alang mandi biarlah basah.
Maknanya : Membuat sesuatu pekerjaan biarlah sampai selesai.
Alah bisa tegal biasa.
Maknanya : Walau sesukar mana suatu kerja itu asalkan selalu dibuat pasti akan menjadi mudah.
Alah membeli menang memakai.
Maknanya : Biarlah mahal asalkan berkualiti.
Api padam puntung berasap.
Maknanya : Sesuatu yang dianggap selesai rupanya belum.
Anak harimau jangan diajar makan daging.
Maknanya : Orang jahat jangan dihasut lagi untuk berbuat jahat.
Air diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam.
Maknanya : Orang yang merasa sangat duka cita nak buat apapun tak boleh.
Anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya.
Maknanya : Jangan berlawan dengan orang yang lebih kuat atau bersenjata, kelak diri merana.
Anak di rumah mati kelaparan, kera di hutan disusukan.
Maknanya : Orang lain diutamakan keluarga sendiri diabaikan.
Ada rotan, ada duri.
Maknanya : Nak senang, susah dahulu.
Amra disangka kedondong.
Maknanya : Bersangka buruk pada sesuatu yang sebenarnya baik.
Ada nasi disebalik kerak.
Maknanya : Disangka sudah selesai rupa-rupanya belum.
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
Maknanya : Jangan sangka keadaan yang aman tak akan mencetuskan pergolakan.
Ada gula ada semut.
Maknanya : Dimana ada peluang disitulah orang berkumpul.
Air ditetak takkan putus.
Maknanya : Hubungan persaudaraan takkan putus kerana perselisihan faham.
Air ada pasang surutnya.
Maknanya : Nasib seseorang itu ada kala baik, adakala buruk.
Arang habis besi binasa.
Maknanya : Pekerjaan yang sia-sia/tiada hasil.
Api padam puntung berasap.
Maknanya : Sesuatu yang telah selesai, berbangkit semula.
Anjing ditepuk kepala, terjongket ekor.
Maknanya : Orang bodoh apabila dipuji akan menjadi sombong.
Antan patah, lesung hilang.
Maknanya : Mengalami masalah secara berterusan.
Apa yang ditanam, itulah yang dituai.
Maknanya : Kita akan mendapatkan hasil dari sesuatu yang kita kerjakan.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan.
Maknanya : Membuat sesuatu kerja biarlah sampai habis.
peribahasa melayu[tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas].
BalasPadamBetul tu....sama2 lah kita pelihara khazanah yang berharga.
Padam