Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah.
Maknanya : Apabila Raja atau orang besar berperang atau bersengketa, rakyat atau orang biasa yang menjadi mangsa.
Gergaji dua mata.
Maknanya : Orang yang mendapat faedah atau keuntungan dari kedua belah pihak yang berselisih.
Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Maknanya : Apabila membuat sesuatu pekerjaan, laksanakanlah sampai berjaya.
Gajah berak besar, kancilpun hendak berak besar juga.
Maknanya : Orang miskin yang cuba berlagak kaya, akhirnya menjadi papa kedana.
Gajah dialahkan pelanduk.
Maknanya : Orang yang gagah perkasa dikalahkan oleh orang uyang lemah.
Gigi tanggal rawan murah.
Maknanya : Orang lemah mendapat kerja yang baik.
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.
Maknanya : Jika guru menunjukkan contoh dan kelakuan yang tidak elok maka murid-muridnya akan berkelakuan lebih buruk lagi.
Gajah berhati, kuman pun berhati juga.
Maknanya : Bukan orang besar sahaja memiliki fikiran dan perasaan, orang biasa dan miskin pun ada juga.
Garam dukulumnya tiada hancur.
Maknanya : Seseorang yang pandai menyimpan rahsianya daripada diketahui oleh orang lain.
Gayung bersambut. kata berjawab.
Maknanya : Berjaya mengelak serangan dan pada masa sama mampu menjawab kata-kata yang dilemparkan kepadaanya.
Gula sudah didalam mulut.
Maknanya : Sesuatu yang sudah pasti menjadi milik kita.
Garam jatuh keair.
Maknanya : Memberi nasihat kepada orang yang boleh menerima nasihat itu dengan hati yang iklas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan