Malu berdayung perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.
Maknanya : Jika kita malu berusaha untuk membuat kerja yang berfaedah, kita juga yang akan susah dan menanggung rugi.
Makan hati berulam jantung.
Maknanya : Berasa derita dan pilu akibat tindakan atau perbuatan orang yang kita kasihi.
Makin murah makin menawar.
Maknanya : Orang yang sudah diberi kesenangan mahu lebih banyak kemudahan lagi.
Marahkan nyamuk kelambu dibakar.
Maknanya : Bertindak kerana marahkan perkara yang kecil mengakibatkan kejadian yang lebih besar dan merugikan diri sendiri.
Mati semut kerana gula.
Maknanya : Orang yang kena tipu atau tertewas dengan pujuk rayu dan kata-kata manis.
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
Maknanya : Kita hendaklah pandai menyesuaikan diri dan mengikut cara hidup di tempat yang kita pergi.
Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk.
Maknanya : Berbudi kepada orang kaya tetapi menipu hak orang miskin.
Melentur buluh biarlah dari rebung.
Maknanya : Mengajar dan mendidik anak biarlah dari kecil atau semasa dia belum mengerti apa-apa lagi.
Memasang lukah dipergentingan.
Maknanya : Mengambil kesempatan meningkatkan harga sesuatu barang apabila orang lain sangat memerlukan barang tersebut.
Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tidak.
Maknanya : Sesuatu keburukan itu tidak dapat disorokkan, lama-kelamaan akan diketahui orang juga.
Mendengar guruh dilangit, air ditempayan dicurahkan.
Maknanya : Barang yang diharapkan belum tentu lagi dapat tetapi barang yang ada dalam tangan dilepaskan.
Menepuk air didulang, terpercik muka sendiri.
Maknanya : Memburuk-burukkan kaum keluarga atau saudara mara sendiri, akhirnya diri sendiri yang akan mendapat malu.
Mati enau tinggal rimba.
Maknanya : Orang yang hina, jika mati tidak disebut orang lagi.
Mati anak berkalung bapa, mati anak berkalung anak.
Maknanya : Anak dan bapa sepatutnya saling tolong-menolong diantara satu sama lain dan bukannya bermusuhan.
Mulut manis hati berkail.
Maknanya : Orang yang pertuturannya lemah lembut tetapi hatinya tidak jujur.
Mulut disuap pisang, buntut dikait onak.
Maknanya : Bila berhadapan sentiasa bercakap manis dan asyik memuji tetapi apabila di belakang asyik mengeji dan mengumpat.
Musang berbulu ayam.
Maknanya :Orang yang jahat berpura-pura baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan