Jumaat, 6 Mei 2011

Peribahasa - L

Laksana buntal kembung, perut buncin didalamnya kosong.
Maknanya : Orang yang hanya tahu bercakap besar tetapi tiada berpengetahuan apa-apa.

Laksana golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku.
Maknanya : Sia-sia sahaja memiliki ilmu atau sesuatu yang tak berguna atau yang tidak boleh dimanfaatkan.

Lepas kaki, leher terjerut.
Maknanya : Berjaya menutup satu kesalahan tetapi kesalahan yang lain pula timbul.

Layang-layang salah teraju.
Maknanya : Anak-anak yang hidup terumbang ambing akibat tidak diberikan pendidikan yang sempurna.



Lembu punya susu, sapi punya nama.
Orang lain yang bersusah payah, orang lain pula yang mendapat pujian.

Lautan mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan.
Maknanya : Setiap manusia pasti ada membuat salah dan silap. Tidak ada seorangpun yang sempurna.

Laksana kaca terhempas kebatu.
Maknanya : Harapan yang sudah hancur musnah dan tidak boleh dibaiki lagi.

Lalang ditanam, tak tumbuh padi.
Maknanya : Perbuatan jahat tidak akan dibalas dengan kebaikan.


 Laksana pahat dengan tukul.
Maknanya : Orang yang sentiasa menurut perintah.

Layar ditimpa tiang.
Maknanya : Kawan yang tiba-tiba menjadi lawan.

Lain lubuk lain ikannya.
Maknanya : Adat resam dan cara hidup di sesuatu tempat atau negeri itu tak sama dan berbeza.

Lain yang makan nangka, lain pula yang kena getahnya.
Maknanya : Orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang dikenakan hukuman.

Lembut gigi daripada lidah.
Maknanya : Apabila hendak meminta sesuatu, pelbagai pujuk rayu dan kata-kata manis yang diucapkan.

Lidah tidak bertulang.
Maknanya : mengata sesuatu itu memang mudah tetapi belum tentu kebenarannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan