Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Maknanya : Mengalami kesempitan hidup kerana pendapatan yang tidak menukupi hanya sekadar cukup makan.
Kalah jadi abu, menang jadi arang.
Maknanya : Pergaduhan yang tidak menguntungkan kedua belah pihak, kalah atau menang serupa sahaja.
Keldai hendak dijadikan kuda.
Maknanya : Jangan dibuat perbandingan yang salah, tidak boleh disamakan orang cerdik dengan orang yang bodoh.
Kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap.
Maknanya : Walaupun berbeza rupa dan jenis, setiaap orang ada kelebihan mereka yang tersendiri.
Kelangit tak sampai, kebumi tak rata.
Maknanya : Pekerjaan yang tidak selesai atau sesuatu yang belum ada lagi kesudahannya.
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
Maknanya : Kalau ilmu belum cukup, janganlah berbuat sesuatu yang kita tak mampu.
Kalau tiada angin bertiup, masakan pokok bergoyang.
Maknanya : Tidak mungkin sesuatu itu menjadi buah mulut orang jikalau ia tidak berlaku.
Karam berdua basah seorang.
Maknanya : Perbuatan atau kesalahan itu dilakukan secara bersama tetapi seorang sahaja yang menerima hukuman.
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.
Maknanya : Usia bukanlah kayu pengukur untuk menilai kepandaian seseorang kerana orang muda juga banyak tahu daripada orang tua.
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
Maknanya : Berterima kasih dan berbesar hati dengan pemberian atau nasihat yang diberi.
Kita baru mencapai dayung, orang sudah sampai keseberang.
Maknanya : Jika kita tidak bijak dan tidak mahu bertindak, alamatnya kita akan tertinggal.
Kuman diseberang laut nampak, gajah didepan mata tak nampak.
Maknanya : Kesalahan orang lain sahaja yang dia nampak, kesalahan diri sendiri tidak disedari.
Kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.
Maknanya : Tentu ada sebabnya mengapa secara tiba-tiba sahaja seseorang itu berbaik-baik dan seklalu berjumpa kita.
Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih.
Maknanya : Jika berkehendakkan sesuatu, berbagai usaha dan ikhtiar dilakukan tetapi jika tak suka ada sahaja helah dan alasannya.
Kawan ketawa ramai, kawan menangis susah dicari.
Maknanya : Teman pada waktu senang ramai tetapi teman pada masa susah sukar untuk dicari.
Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.
Maknanya : Orang miskin yang bercakap besar dan berlagak sedangkan diri dan keluarganya sendiri tidak terurus.
Kecil-kecil cilipadi.
Maknanya : Orang yang bertubuh kecil tetapi sangat berani atau berjaya dalam pekerjaan.
Kura-kura diatas dahan.
Maknanya : Seperti orang bodoh yang tidak dapat melepaskan dirinya dari pada bahaya apabila mendapat susah.
Kemana angin bertiup, kesitulah dahan condong.
Maknanya : Orang yang tidak tetap pendiriannya, asyik berubah-ubah mengikut keadaan.
Kalau tak mahu dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.
Maknanya : Kalau tak mahu menanggung risiko, jangan buat sesuatu yang boleh membahayakan diri sendiri.
Kalau berguru separuh jalan, ibarat bunga kembang tak jadi.
Maknanya : Kalau membuat sesuatu biarlah sampai habis atau berjaya, jangan setengah-setengah.
Bestlah blog ni....
BalasPadamTerima kasih...!
BalasPadamperibahasa melayu terbaik...
BalasPadamYe yeh....
Padam