Habis manis sepah dibuang.
Maknanya : Kasih sayang yang sementara, apabila mendapati seseorang itu sudah tidak berguna lagi, dia ditinggalkan atau dilupakan.
Habis umpan, ikan tak dapat.
Maknanya : Banyak modal telah dikeluarkan dengan harapan untuk meraih keuntungan, tetapi apa yang didapat adalah kerugian.
Harapkan sokong, sokong membawa rebah.
Maknanya : Terlalu bergantung harap pada seseorang tetapi dia pula yang menyebabkan kita jatuh.
Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang jua.
Maknanya : Jasa dan budi seseorang semasa dia masih hidup dahulu tetap dikenang orang.