Sabtu, 16 April 2011

Peribahasa - H

Habis manis sepah dibuang.
Maknanya : Kasih sayang yang sementara, apabila mendapati seseorang itu sudah tidak berguna lagi, dia ditinggalkan atau dilupakan.

Habis umpan, ikan tak dapat.
Maknanya : Banyak modal telah dikeluarkan dengan harapan untuk meraih keuntungan, tetapi apa yang didapat adalah kerugian.

Harapkan sokong, sokong membawa rebah.
Maknanya : Terlalu bergantung harap pada seseorang tetapi dia pula yang menyebabkan kita jatuh.

Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang jua.
Maknanya : Jasa dan budi seseorang semasa dia masih hidup dahulu tetap dikenang orang.


Hangat-hangat tahi ayam.
Maknanya : Membuat sesuatu kerja dengan tidak bersugguh-sungguh. Mula-mula rajin, selepas itu ditinggalkan dan malas.

Hidung dicium, pipi digigit.
Maknanya : Kasih sayang yang tidak iklas, berpura-pura kerana hendakkan harta atau sesuatu.


Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah.
Maknanya : Bersatu hati dan saling bermufakat, serta sentiasa bersama dalam susah dan senang.

Hujan berbalik kelangit.
Maknanya : Suatu keadaan yang janggal dimana orang kaya atau pandai meminta pertolongan kepada orang bodoh atau miskin.

Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri.
Maknanya : Walaupun mendapat kesenangan ketika berada di negeri orang, namun menganggap negeri tempat lahir yang istimewa.

hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.
Maknanya : Budi dan jasa seseoraang semasa hidup akan tetap diingati sampai keakhir hayat.

Hudung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
Orang yang tidak tahu malu, masih mahu menonjolkan diri walaupun sudah tidak diingini lagi.

Hidup segan mati tak mahu.
Maknanya : Kehidupan yang sangat miskin atau keadaan yang sangat melarat.

Habis kapak diganti beliung.
Maknanya : Orang yang terlalu rajin bekerja atau membuat kerja bersungguh-sungguh.

Harapkan guruh dilangit, air ditempayan dicurahkan.
Maknanya : Impikan sesuatu yang belum pasti dapat, barang yang ada dilepaskan.

Hendak bertandduk, kepala dipahat.
Maknanya : Orang yang sanggup berbuat apa sahaja termasuk berhutang atau bergadai kerana hendakkan pangkat.

Harimau mengaum tidak menangkap.
Maknanya : Orang yang hanya bercakap besar tetapi tidak melakukan kerja.

Harum menghilang bau.
Maknanya : Nama dan adab baik seseorang dapat menutup kejahatan dan keburukan yang pernah dilakukan.

2 ulasan:

  1. webwinkel beginnen gratis gratis webshop software

    Also visit my web blog webwinkel beginnen met uitkering

    BalasPadam
  2. Hi are using Wordpress for your site platform?
    I'm new to the blog world but I'm trying to get started
    and set up my own. Do you require any coding expertise to make your own blog?
    Any help would be really appreciated!

    my web-site lloyds pharmacy

    BalasPadam