Rabu, 22 Jun 2011

Teknik belajar yang berkesan

Hai kawan-kawan....!
Saya baru je baca buku TEKNIK EFEKTIF BIJAK BELAJAR (Smart Learning), dan nak kongsikan dengan kawan - kawan semua. Semoga boleh menjadi pandua dalam menghadapi peperiksaan yang akan datang nanti.

Teknik-teknik belajar yang berkesan ialah :

1. Tentukan matlamat belajar.

Setiap pelajar yang inginkan kecemerlangan perlukan matlamat.
Matlamat mampu menunjuk arah dan hala tuju serta memberi semangat untuk bekerja kuat bagi memperolehi kecemerlangan.

Ahad, 5 Jun 2011

Peribahasa - Y

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Maknanya : keuntungan yang dicari tak dapat, yang ada dalam tangan pula hilang.

Yang dijolok tidak jatuh, penjolok tinggal diatas.
Maknanya : Gagal mendapat apa yang dikehendaki dan segala usaha sia-sia sahaja.

Yang teguh dosokong, yang rebah ditindih.
Maknanya : Suatu keadaan yang tidak adil, orang kaya terus ditolong manakala orang miskin pula terus ditindas.

Yang tergigit lada tentu terasa pedasnya.
Maknanya : Seseorang yang telah melakukan kesalahan pasti akan dapat merasakan pedihnya apabila disindir. 

Peribahasa - U

Ukur baju dibadan sendiri.
Maknanya : Berbuat apa sahaja biarlah mengikut kemampuan diri sendiri.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Maknanya : Apa akan terjadi selepas itu, berserah sahaja pada nasib, sama ada selamat atau tidak.

Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya.
Maknanya : Orang kaya atau berpangkat tidak akan hilang martabatnya jika bergaul dengan orang yang kurang berada.

Ubat jauh, penyakit hampir.
Maknanya : Seseorang yang tidak mendapat pertolongan ketika mengalami kesusahan.

Umpat tidak membunuh, puji tidak mengenyang.
Maknanya : Sepatutnya jangan dihiraukan sangat terhadap umpat dan puji kerana ia tidak boleh berbuat apa-apa terhadap kita.

Peribahasa - T

 Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.
Maknanya : Sesuatu yang kekal tidak berubah atau akan sentiasa diingati walaupun masa berlalu.

Tiada rotan, akarpun berguna.
Maknanya : Kalau tak dapat yang baik, yang kurang baik pun berguna juga.

Tiada beban batu digalas.
Maknanya : Walaupun berada dalam kesenangan, tiba-tiba seseorang itu sengaja mencari susah.

Tidak lari gunung dikejar.
Maknanya : Janganlah terkejar-kejar berbuat sesuatu kerana yang dicari itu pasti ada.

Takut meniitik lalu tumpah.
Maknanya : Takut rugi sedikit, akhirnya rugi semuanya.