Khamis, 3 Februari 2011

Peribahasa - C

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
Maknanya : Pertengkaran yang berlaku hanya sekejap saja, nanti akan baik kembali.

Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga.
Maknanya : Masalah yang dialami oleh seseorang turut dirasai oleh yang lain.

Cepat kaki ringan tangan.
Maknanya : Orang yang rajin dan cekap.

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
Maknanya : Berhati-hati berbicara takut orang lain terasa/mengetahui rahsia.

Cacing hendak menjadi naga.
Maknanya : Orang yang kecil dan lemah berlagak besar dan kuat.

Rabu, 2 Februari 2011

Peribahasa - B

Biduk lalu, kiambang bertaut.
Maknanya : Perselisihan yang berlaku hanya semenrtara saja.

Biar rebah jangan roboh.
Maknanya : Rugi sedikit lebih baik daripada rugi lebih besar.

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Maknanya : Dalam melakukan apa saja jangan berlebihan nanti membawa padah.

Peribahasa - A

Ada udang di sebalik batu.
Maknanya : Membuat sesuatu dengan niat tersembunyi atau tujuan yang lain.

Alang-alang mandi biarlah basah.
Maknanya : Membuat sesuatu pekerjaan biarlah sampai selesai.

Alah bisa tegal biasa.
Maknanya : Walau sesukar mana suatu kerja itu asalkan selalu dibuat pasti akan menjadi mudah.

Alah membeli menang memakai.
Maknanya : Biarlah mahal asalkan berkualiti.